Polis sedang mengesan seorang lelaki yang menunggang motosikal dipercayai khayal di kilometer 267 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan susulan tular video berkenaan di laman media sosial pada Jumaat.<br /><br />Menurut laporan Sinar Harian video berdurasi 40 saat itu menunjukkan lelaki terbabit menunggang motosikal berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran.